Saturday 12 October 2019

JOM MASUK KV

JOM MASUK KOLEJ VOKASIONAL SERI ISKANDAR


PROGRAM YANG DITAWARKAN:

TEKNOLOGI PEMBINAAN

TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI

TEKNOLOGI AUTOMOTIF

TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA

TEKNOLOGI KIMPALAN

TEKNOLOGI ELEKTRIK

TEKNOLOGI ELEKTRONIK

PENGURUSAN PERNIAGAAN


SYARAT UMUM:

§  Calon adalah Warganegara Malaysia;
§  Calon murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan / Sekolah Menengah Bantuan  Kerajaan di bawah kelolaan KPM;
§  Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pada tahun 2019 yang merangkumi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (Ppsi) serta Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3);
§  Calon sihat tubuh badan dan bebas daripada masalah mental;
§  Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh  mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);
§  Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA /  BUTA WARNA;

§  Calon berminat dengan program yang dipohon.


SYARAT KHUSUS:


  • Calon memperoleh sekurang-kurangnya gred D bagi mata  pelajaran Bahasa   Melayu serta  Reka Bentuk dan Teknologi / Asas Sains Komputer (Keputusan PT3); dan
  • Calon memperoleh sekurang-kurangnya Tahap 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, serta  Reka Bentuk dan Teknologi / Asas Sains Komputer (Pentaksiran  Bilik Darjah-PBD).


Sila layari https://sptv.moe.gov.my/ untuk maklumat lanjut seperti tarikh menghantar permohonan, syarat-syarat dan cara mengisi borang. 

Tarikh permohonan secara atas talian telahpun dibuka pada 15 Oktober lalu sehingga 19 Disember 2019.


No comments:

Post a Comment