Friday, 2 March 2018

PELANCARAN TABUNG BANTUAN MUHAMMAD IKHWAN SHAH BIN ZAKARIA


PELANCARAN TABUNG BANTUAN MUHAMMAD IKHWAN SHAH BIN ZAKARIA




Pada 24 Februari 2018, Berita Harian dan TV9 telah memaparkan berita mengenai seorang pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMap) yang sanggup menangguhkan pengajiannya demi menjaga adiknya yang mengidap barah kelenjar tahap 4.

Muhammad Iqbal Shah bin Zakaria, 29 tahun, pelajar tahun 3 Ijazah Kejuruteraan Reka Bentuk Produk merupakan bekas pelajar SMT Seri Iskandar sesi 2005/2006.

Adiknya Muhammad Ikhwan Shah bin Zakaria, 28 tahun, disahkan mengidap barah kelenjar pada Disember lalu dan kini terlantar di rumahnya di Taman Iskandar Bistari, Seri Iskandar. Bapanya meninggal dunia pada tahun 2009 manakala ibunya menyusul pada tahun 2012.
Diharap kita dapat memberi sumbangan ikhlas kepada Muhammad Iqbal Shah dan adiknya bagi menampung rawatan kemoterapi setiap bulan dan pembiayaan ubatan.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun:

BENDAHARI ALUMNI VOTECH

CIMB BANK: 7030 34 0113 (Saudara Marwan bin Zahari)

No comments:

Post a Comment