Friday, 6 September 2013

Jamuan Hari Raya KKS

PERINCIAN
· TARIKH : 30 Ogos  2013 (Jumaat)
· MASA : 3.00 -  4.30 ptg
· TEMPAT : Dewan Bestari, KVSI
· SASARAN : Semua warga KVS
· AKTIVITI : Ucapan Pengarah, Bacaan do’a dan Jamuan hari raya
· ANJURAN :  Kelab Kebajikan Staf (KKS)
· KEHADIRAN  BERSAMA : Wakil Majlis Permuafakatan Kolej (MPK), pekerja                                                                                pembersihan dan pengawal  keselamatan

PENGENALAN
Majlis Jamuan Hari Raya bagi semua warga KVSI sama ada  pensyarah mahupun staf telah diadakan pada hari Jumaat di antara jam 3.00 hingga 5.00 petang. Jamuan disediakan oleh pengusaha kantin kolej. Di antara juadah yang disediakan termasuklah lemang, lontong, nasi impit, bihun sup, sate dan laksa. 

MATLAMAT
Di samping jamuan bagi menyambut hari raya ’Idul Fitri, majlis juga diadakan bagi mendo’akan  kesejahteraan Tuan Pengarah untuk menunaikan haji di tanah suci Mekah pada 7 September 2013 nanti. 

PENUTUP
Majlis sebegini diharap dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dalam  kalangan warga KVSI.





No comments:

Post a Comment