PERINCIAN :
· TARIKH : 9 Jun 2013 (Ahad)
· MASA : 9.00 pg– 11.30 pg
· TEMPAT : Bilik Mesyuarat KVSI
· SASARAN : Semua pensyarah KVSI
· AKTIVITI : Taklimat oleh Tn Pengarah BPTV
· ANJURAN : Pengurusan kolej
· PENYAMPAI TAKLIMAT : Tn. Hj. Ahmad Tajuddin bin Jab, Pengarah BPTV
PENGENALAN :
Majlis bersama Tuan Pengarah BPTV telah dihadiri oleh hampir 80% pensyarah KVSI meskipun ianya diadakan pada hari Ahad.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis dan diikuti oleh ucapan Tuan Pengarah KVSI, Tn Hj Mohd Fathilah bin Mohd Noor dan bakal pengarah KVSI, Cik Noor Jasmin bt Janan dan seterusnya taklimat Tuan Pengarah BPTV.
Tuan Pengarah BPTV, Tn Hj Ahmad Tajuddin bin Jab menyentuh mengenai keperluan transformasi sekolah vokasional kepada kolej vokasional bagi mengisi kekosongan tenaga mahir yang berkemahiran dalam bidang pekerjaan.
MATLAMAT :
Tujuan taklimat ini adalah untuk memberi maklumat yang jelas dan terkini mengenai hasrat yang tersirat di sebalik transformasi pendidikan vokasional. Di samping itu, ianya merupakan peluang yang sesuai bagi warga KVSI untuk mendekati tuan pengarah BPTV dengan lebih dekat.
PENUTUP :
Semoga maklumat yang disampaikan secara langsung oleh Tuan Pengarah BPTV dapat menyuntik semangat baharu kepada para pensyarah bagi merealisasikan agenda transformasi ini demi masa depan pelajar.
Tuan Pengarah BPTV, Tn Hj Ahmad Tajuddin b Jab diapit oleh mantan Tuan Pengarah KV Seri Iskandar dan Puan Pengarah KV Seri Iskandar
|
Sebahagian pensyarah yang hadir |
No comments:
Post a Comment